Wednesday, 30 May 2012

Bukan permata biasa



Di madinah ada seorang wanita solehah yang cantik lagi bertakwa.menjelang tengah malam.ia sentiasa bangkit dari tidurnya untuk solat malam dan bermunajat kepada ALLAH.ia tidak peduli sama ada waktu itu musim panas ataupun musim dingin kerana disitulah letaknya kebahagiaan dan ketenteramannya.
          Pada saat itulah dia khusyuk berdoa,merendah diri kepada pencipta dan berpasrah akan hidup dan matinya hanya kepadaNya.dia juga amat rajin berpuasa,meskipun sedang bermusafir.wajahnya yang cantik makin bersinar oleh cahaya iman dan ketulusan hatinya.
          Suatu hari datang lah seorang lelaki untuk meminang wanita itu. Kononnya ia termasuk golongan lelaki yang taat beribadah.setelah melakukan solat istikharah akhirnya wanita itu menerima pinangan tersebut denagan syarat upacara perkahwinan hendaklah diselesaikan sebelum tengah malam berbanding kebiasaan adat perkahwinan setempat dari awal pagi sehingga azan subuh.setelah itu ia harus berada di rumah suaminya. Hanya ibunya yang mengetahui sebab-sebabnya.
          Semua orang takjub dengan syarat wanita tersebut. Pihak keluarganya sendiri berusaha memujuk wanita itu agar mengubah pendiriannya namun wanita itu tetap pada keinginannya sekiranya pihak lelaki mahu pinangannya itu diterima. Akhirnya pihak keluarga lelaki bersetuju dengan permintaan si gadis.
          Wakyu terus berlalu.tibalah saat yang dinantikan oleh kedua mempelai. Saat yang penuh erti dan mendebarkan bagi sesiapapun yang akan memulai hidup baru. Saat itu pukul Sembilan malam. Doa keberkatan mengalir dari para undangan buat sepasang pengantin baru. Pengantin wanita terlihat begitu cantik.
          Jam mulai mendekati angka dua belas.sesuai perjanjian, tiba saat si suami akan membawa isteri ke rumahnya. Si suami memegang tangan isterinya diiringi ragam perasaan yang bercampur baur menuju rumah baru harapan mereka. Si isteri berharap untuk menjalani kehidupan yang penuh dengan keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah.
          Setibanya di sana, si isteri meminta izin suaminya untuk memasuki kamar mereka, kamar yang ia rindukan untuk membangun mimpi-mimpinya. Di kamar itu ibadah akan ditegakkan dan menjadi tempat di mana ia dan suaminya melaksanakan solat dan ibadah secara bersama-sama. Pandangannya menyisir seluruh ruangan. Tersenyum diiringi pandangan si suami mengawasi dirinya.
          Senyumamnya seketika memudar. Hatinya begitu tersekat. Bola matanya yang bening tertumbuk pada sebuah gitar yang terletak di sudut kamar. Wanita itu nyaris tidak percaya. Hatinya bertanya-tanya. Fikiranya tiba-tiba menjadi kacau. Benarkah apa yang diucapakan oleh orang yang kini telah menjadi suaminya?
          Segala angan-angannya menjadi hampa. Sungguh ia amat terluka. Hamper saja air matanya tumpah. Ia berulang kali mengucap istighfar. Hanya Allah yang maha mengetahui segala keghaiban.
          Ia menatap suaminya dengan wajah merah kerana merasa malu dan sedih, serta setimpuk rasa kekhawatiran menyelubunginya. “Ya Allah, aku harus kuat dan,tabah,sikap baik kepada suami adalah jalan hidupku.” Kata wanita itu lirih di lubuk hatinya. Wanita itu berharap,Allah akan memberikan hidayah kepada suaminya melalu tangannya.


No comments:

Post a Comment