Monday, 3 December 2012

HANTU MAGGIE



Nadia menyuap maggie ke dalam mulutnya.Tiba-tiba dia trdengar satu 
suara mendayu-dayu dari arah belakangnya.

"nadia....." suapan nadia terbantut.Dia menoleh kebelakang.Tiada sesiapa!

"siapa tu?" nadia meninjau-ninjau mencari siapa yang menyeru namanya.Bulu romanya meremang.

"aku hantu la"

"haa..hantu?"Nadia mula ketakutan.

"nadia...."keras suara itu kedengaran di bahagian dapur.Pantas Nadia mengorak langkah menuju ke biliknya sambil membawa mangguk berisi maggie yang baru sahaja dimakanya

" nadia pulangkan!!...." suara itu mendayu-dayu mengikut langkah Nadia.

" pulangkan apa?" Jerit Nadia dari dalam bilik.Pantas dia mengunci pintu biliknya.

"pulangkan lah...."Suara itu semakin keras.

" yelah pulang apa?? ngekk"Soal Nadia geram.Mangkuk Maggie masih ditangannya.

"aku suruh pulang tu pulangkan lah!"Hantu itu mula berubah kasar.

"Kau nak aku nyanyi lagu pulangkan misha omar ke?"Soal Nadia selamba.Geram dia dengan Hantu yang tidak geti bahasa ni.

"hahahaha...Pulangkannnnnnnnn Maggie akuuu~"suara mengilai2 diluar biliknya.
Mangkuk maggie yang dipegang Nadia terlepas dari pegangannya.Mulutnya ternganga.

"Kau tak ada miskin sangat ke nak maggie aku ngekk"Marah Nadia.Geram.

 
" pulangkan la maggie tu" rayu hantu itu. Biliknya terbuka dengan perlahan. kelihatan hantu itu perlahan-lahan masuk ke dalam bilik nadia.

pantas dia melompat ke atas katilnya lalu menyelubung badannya dengan selimut. 

hantu itu merangkak merapati nadia. nadia mengigil dalam selimut.

"woi.... jangan la kacau aku"

" pulang la maggie aku tu. mana maggie kau ambil tadi.. please pulangkan..." hantu itu merenggek meminta maggienya.

" kalau kau nak sangat amik tu dekat lantai.." kata nadia dalam selimut. Ketakutannya mula reda. hantu itu menoleh melihat maggienya atas lantai.

" agak-agak la nak bagi aku makan maggie atas lantai. Tak class la.aku nak dalam magkuk baru BEST!"Hantu itu pergi ketempat maggie itu jatuh.

'banyak songgeh tol la hantu ni. aku dah bagi uh kira okey la' omel nadia.Dia membuka selimut yang menyelubunginya perlahan-lahan.dia melihat hantu itu sedang memerhati maggienya.Keningnya terangkat.Pelik.

' arghhh.. atas lantai pun boleh la.. aku dah kempunan sangat dah ni' Ngomel hantu itu perlahan.

" eh, apasal kau nak sangat maggie aku tu. bukan ke kau tu hantu?" soal nadia berasa pelik.hantu itu mencekik membelakanginya.Dia tidak menjawab soalan nadia di biarkan sepi.

"woi.. kau dengar tak?" panggil nadia.Geram.

"aku dengar la. bagi la aku makan maggie ni dulu.Tercekik karang"Marah hantu itu.

"ha.. makan-makan..sedap tak aku masak?" nadia mula masuk bakul angkat sendiri.Dia ketawa.

'Hantu spesis apa tah dia ni..Kesian betul aku tengok!'

Hantu itu baru selesai menghabiskan maggienya.Lalu memusingkan kepalanya menghadap nadia.nadia ngeri lihat hantu uh.dia rasa lain macam.
' macamku pernah lihat muka hantu ini tapi dimana ya?'Nadia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

"eh! hantu. kau ni HAZIQAH NASS kan?" tanya nadia.hantu itu tergamam.

"Kurang asam lemak cili bdk kecik !" Nad bercekak pingang,matanya dibesarkan ke
arah ziqa.

Ziqa yang terasa serba salah menaikkan dua jari tanda peace.Tersengih bibir ziqa.Perlahan-lahan dia melangkah perlahan-lahan ke belakang.Motip nak lari dari Nad.

'Hisy..ada hati nak lari dari aku'gerutu Nadia.
Ziqa yang mula berpaling terus lari keluar dari bilik Nadia.Apa lagi nadia yang melihat ziqa lari turut membuka langkah mengejar Ziqa yang macam lipas kudung larinya.

Ziqa yang berlari tersilap langkah bila terlangkah beberapa anak tangga,lalu jatuh tergolek.

"Bbbukk...!" bunyi dah macam buah durian jatuh...

Nadia yang melihat Ziqa tergodek dua anak tangga terus terhambur ketawa...

"Hahahahaha....."sambil memegang perut yang senak akibat ketawa.
Ziqa yang tergodek masih terduduk di lantai.

"Hampeh punya Nad,boleh dia gelak kan aku macam tu bukan nak tolong.Adeeii sakitnya badan aku ini"detik hati Ziqa.

Tiba-tiba ketawa Nadia yang terbahak-bahak tadi mula sunyi.Ziqa mendongak ke atas.Jelas kini Nadia di lihat terdiam dan terpaku sambil peluh di dahinya jelas merintik keluar di dahi.Ziqa yang mendongak jugak turut terbeliak melihat suatu susuk yang menyeramkan di belakang Nadia.

Nadia yang merasa bulu di tenguknya terasa seram sejuk melangkah perlahan-lahan menuruni anak tangga dengan perlahan-lahan.Sesampai sahaja dia di bawah terus memeluk erat tubuh Ziqa,sambilnya di pejam.Rasa tak sanggup nak memandang ke belakang melihat apa yg berada di belakangnya tadi.Nadia membisikan sesuatu ke telinga Ziqa.

"Ziqa apa yang ada kat belakang aku?"Soal Nadia.Jelas bergetar suara Nadia.
Ziqa tidak terus menjawab.Dia diam terus membisu seribu bahasa ketika ini.Lidahnya kelu tak tahu apa yang mahu dijawab ketika ini.

'Kenapa si Ziqa ini dah jadi bisu?'Nadia pelik.Terasa tubuh Ziqa mengigil menahan sesuatu.

"Ziqa kau kenapa?"

"Aaa....kku....aaaku tak tahan nak gelakkan kau lah Nad"

"Hahahahaha.....giliran Ziqa pulak yg tergelak....

Nadia yang mula berasa aneh mula berpaling perlahan-lahan kebelakang.Terbeliak matanya melihat susuk tubuh yang kelihatan blurr itu melihat mereka berdua.Bergema ketawa Nadia dan Ziqa di kala ini.

"Woiiii!!!! Ina awat kau pakai tepung satu muka kau....tebal lak tu?"

"Bape biji kau bancuh erkk....dah macam opera cina aku tengok kau malam ini"Sampuk Ziqa..